Wednesday, October 10, 2012

KAMI ADALAH PEMBEKAL OTAK OTAK & KEROPOK LEKOR PAYA JARAS



SEJARAH KEROPOK LEKOR

Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.


Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.



Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.




Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.

Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping.


 Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagaikeropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.




ANTARA PRODUK YANG KAMI PASARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT




OTAK OTAK DAUN


KEROPOK CRISPY KING


KEROPOK CRISPY KING ( VAKUM PEK )



POPIAH OTAK OTAK
KEROPOK LEKOR


KEROPOK NIPIS


KEROPOK LEKOR SIAP POTONG


KEROPOK BESAR




MEMBEKAL DAN MENJUAL



Syarikat kami menyediakan perkhidmatan membekal dan menjual keropok lekor dan otak-otak. 
Jika anda adalah peniaga  kecil-kecilan di tepi jalan,pasar malam,kantin sekolah atau di mana-mana sahaja anda boleh la mencuba untuk jual keropok lekor ini. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan goreng pisang dan kuih muih, saya turut mencadangkan anda untuk menjual keropok lekor disamping perniagaan yang sedang anda lakukan. Ini kerana keropok lekor adalah satu makanan yang sememangnya digemari oleh jutaan rakyat di Malaysia mahupun pelancong dalam mahupun luar negara.

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana akhirnya kami telah berjaya membuka cawangan di Melaka dan Perlis. Kepada mereka yang tinggal di Perlis dan Melaka , anda kini boleh menikmati produk kami ini dengan mudah. Hanya ke kedai kami mengikut alamat yang tertera.

Untuk sebarang pertanyaan dan cadangan sila emailkan kepada latifjalil21@gmail.com. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama menjadikan perniagaan sebagai salah satu mata pencarian. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang sudi melawat dan membaca blog saya ini. Semoga dengan adanya blog ini, anda lebih mudah untuk mendapatkan produk kami.
Sekian terima kasih.



HQ

Nama :            Abdullah Bin Jalil
Alamat:           Lot 2961,Kampung Paya Jaras Tengah,
                        47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.
No. Hp   :         019-3453922
No. Pejabat   :  03-61572544

CAWANGAN MELAKA

Nama :        Abdol Latif Bin Jalil
Alamat:       No. 134-1, Kampung Permatang Pasir,
                    Jalan Pantai Nekmat,
                    75460, Alai Melaka.
No.Hp:        019-7660868/012-2736849
No.Pejabat: 06-2695418


CAWANGAN PERLIS

Nama:  Mohd Ibrahim Bin Jalil
Alamat: Berhadapan Shell Beseri,
              Jalan Kaki Bukit.
              02400 Beseri , Perlis.
No. Hp: 012-6165315

CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Nama :Nor Iskandar Bin Abdullah
Alamat:Felda Jelai 2,
73480 Gemas ,Negeri Sembilan
Contact No: 0146647424 / 01110837184


LAYARI WEBSITE KAMI Disini 
FACEBOOK KAMI Disini







3 comments:

  1. amin..syg sentiasa bersama abg..
    syg doa kan satu hari nti abg akan buka satu buah kedai sendiri....

    ReplyDelete
  2. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - MapYRO
    Find your way ventureberg.com/ around jancasino.com the casino, find where bsjeon.net everything is located with 토토 the most up-to-date information about Harrah's Cherokee Casino & Hotel in Cherokee, NC. 출장마사지

    ReplyDelete